BIASISWA YDPA 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN ONLINE BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2021

BIASISWA YDPA 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN ONLINE BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2021

BIASISWA YDPA 2021

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 secara dalam talian (online).

Kepada pelajar yang sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D), sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 telah dibuka.

Untuk makluman, BYDPA adalah biasiswa yang dibuka setiap tahun yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelajar yang melanjutkan pengajian dalam pasca siswazah yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Oleh itu, permohonan untuk tahun 2021 telah dibuka mulai 15 Mac 2021 iaitu hari Isnin dan akan ditutup pada 9 April 2021 iaitu pada hari Jumaat.

Baca juga tentang ePENAWARAN BIASISWA KPM: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN SAMBUNG PENGAJIAN

APAKAH BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG 2021?

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

CALON YANG DIUTAMAKAN

Pihak JPA memaklumkan bahawa calon-calon yang diutamakan dalam permohonan BYDPA 2021 adalah seperti berikut:

  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Pelajar tersebut telah menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, rekacipta seni, teknologi, dan sebagainya.
  • Pelajar tersebut mahir lebih daripada satu ba

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2021.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  2. Telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
  3. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis

Nota : Calon-calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenaraipendek untuk menghadiri temuduga.

BIDANG YANG DITAWARKAN

Pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang tersebut layak untuk membuat permohonan:

  • Sains dan Teknologi
  • Ekonomi
  • Undang-Undang
  • Kewangan Islam

SENARAI IPT YANG LAYAK

Pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut layak untuk memohon BYDPA 2021 iaitu:

  1. Bidang Sains dan Teknologi/Ekonomi/Undang-Undang
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  5. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7.  Bidang Kewangan Islam
  8. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  9. International Centre For Education In Islamic Finance (INCEIF)
  10. Universiti Malaya (UM) – sekiranya berkaitan
  11. Universiti Sains Malaysia (USM) – sekiranya berkaitan
  12. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – sekiranya berkaitan
  13. Universiti Putra Malaysia (UPM) – sekiranya berkaitan
  14. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – sekiranya berkaitan

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA YDPA 2021

Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021 ini dibuka mulai 15 Mac 2021.

Pemohon yang berminat hendaklah melengkapkan permohonan secara online.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak dan ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak JPA sebelum atau pada 9 April 2021 (Jumaat) sama ada melalui secara serahan tangan atau pos.

CARA PERMOHONAN BIASISWA YDPA 2021

Untuk membuat permohonan BYDPA Tahun 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pemohonan perlu dibuat melalui laman sesawang https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG.
  2. Klik bahagian ‘Daftar’ untuk pendaftaran kali pertama.
  3. Isi maklumat dengan lengkap dan dan klik ‘Daftar Akaun Pengguna.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan hantar sebelum tarikh tutup permohonan.
  6. Muat turun dan turunkan tandatangan borang permohona tersebut.
  7. Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
    • Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA, (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan).

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ONLINE

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen-dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan yang ditandatangani iaitu:

  1. Salinan ijazah pertama atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan).
  2. Salinan Ijazah Sarjana atau setaraf (skrol dan transkrip yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan – bagi permohonan peringkat Ph.D).
  3. Surat tawaran tanpa syarat daripada universiti atau institusi pengajian.
  4. Salinan sijil-sijil atau surat pengesahan ko-kurikulum yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  5. Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara.
  6. Dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan yang diakui sah oleh pegawai berkelayakan.
  7. Borang JPA(L)LDP1A/96 yang telah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan (dokumen ini hanyalah untuk pemohon yang terdiri daripada penjawat awam sahaja).

Ketahui juga tentang PENGELUARAN ASB ONLINE: PENGELUARAN MELALUI PORTAL myasb.com.my

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai BYDPA Tahun 2021

  • Hubungi talian 03 – 8885 3879 / 3569 pada setiap hari bekerja (9.00 pagi – 5.00 petang) atau
  • e-mel kepada penawaranldp@jpa.gov.my

Leave a Comment