CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

BANTUAN KHAS COVID19 NADMA

Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA turut menyediakan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari.

Namun bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan / tiada gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baca juga tentang SYARAT & CARA PERMOHONAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS JKM

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KHAS COVID-19

  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID- 19

SENARAI TIDAK LAYAK  MEMOHON BANTUAN KHAS COVID-19

Anda tidak layak memohon bantuan ini sekiranya berada dalam kategori berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19
  • Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau sepanjang tempoh warded.

Bantuan ini akan diberikan secara one-off (sekali sahaja) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA

Permohonan perlu dilakukan secara manual dengan memuat turun beberapa dokumen berikut:

HANTAR PERMOHONAN SECARA MANUAL (POS)

Permohonan yang telah lengkap perlu dipos ke alamat di bawah:

  • Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri,  Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN)

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN

Selain itu, pemohon perlu juga mengemukakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  • Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  • Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)
  • Bagi pemohon yang tiada akaun bank, anda perlu memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

DOKUMEN SOKONGAN KKM BAGI DI BAWAH PERINTAN PENGAWASAN/PEMERHATIAN

Untuk dokumen sokongan KKM, bagi pemohon yang di bawah perintah pengawasan / pemerhatian, sila sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 DiBawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988(Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
  • Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
  • Manakala bagi pemohon yang warded akibat COVID-19, anda perlu menyediakan Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.

CARA PEMBAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA

  • Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
  • Perlu diingatkan, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID-19

  • Tarikh tutup bantuan khas ini adalah pada 31 Disember 2020. Hanya permohonan lengkap yang diterima NADMA selewat-lewatnya pada 31 Januari 2021 layak untuk dipertimbangkan.

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS COVID 19

  • Untuk membuat semakan permohonan,layari portal SEMAKAN BANTUAN KHAS COVID 19
  • Pemohon boleh buat semakan permohonan dengan masukan nombor kad pengenalan diri dan tekan butang HANTAR.Status permohonan anda akan dipaparkan.

SOALAN LAZIM BANTUAN KHAS COVID-19

Siapa Yang Layak Memohon?

  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah kehilangan pendapatan sepanjang PKP.

Berapakah Kadar Bantuan Khas COVID-19 NADMA?

  • RM100 sehari sepanjang tempoh PKP.

Bagaimanakah Untuk Memohon Bantuan NADMA?

  • Layari portal nasmi nadma.gov.my untuk download borang permohonan online.

Dokumen Diperlukan?

  • Antaranya borang permohonan, salinan kad pengenalan, borang akuan kehilangan pendapatan dan salinan penyata bank.

Bagaimanakah Pembayaran Akan Dibuat?

  • Pembayaran akan dibuat secara one-off melalui Electronic Fund Transfer dalam tempoh 30 hari bekerja kepada yang layak.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800  atau e-mel di admin@nadma.gov.my.

Leave a Comment