GKP 3.0 PEMERKASA+: TARIKH PEMBAYARAN TAMBAHAN BAKI RM500

GKP 3.0 PEMERKASA+: TARIKH PEMBAYARAN TAMBAHAN BAKI RM500

GKP 3.0 PEMERKASA

Dibawah matlamat ketiga PEMERKASA+ bagi menyokong kelangsungan Perniagaan, kadar bantuan GKP 3.0 akan ditambah sebanyak RM500 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan GKP 3.0 yang akan diterima adalah sebanyak RM1,500.

Baca juga tentang RAYUAN GKP 3.0: CARA BUAT RAYUAN & DOKUMEN DIPERLUKAN

GKP 3.0 TAMBAHAN

GKP 3.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan serta bantuan kewangan tambahan kepada penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP2.0 secara one-off berjumlah RM1,000 bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021, beliau telah mengumumkan bahawa PKS bakal menerima GKP 3.0 sebanyak RM1500, iaitu kenaikan RM500 berbanding RM1,000 sebelum ini.

TARIKH BAYARAN GKP 3.0 TAMBAHAN RM500

  • PKS yang layak akan menerima RM1,000 mulai 10 Jun dan baki RM500 ini akan disalurkan pada bulan Julai.
  • Tarikh rasmi akan diberitahu dalam masa terdekat nanti oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

CARA PERMOHONAN

Penerima tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelayakan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah berdasarkan status kelulusan GKP 3.0.

Ini bermaksud, penerima yang layak bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ merupakan penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 lulus permohonan baharu GKP 3.0 yang akan dikreditkan secara automatik.

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP.

Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP. Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 3.0 TAMBAHAN RM500

  • Semakan kelulusan GKP 3.0 adalah mulai 10 Jun 2021 di portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Makluman tentang semakan status GKP 3.0 tambahan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Ketahui juga tentang S3P MARA: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

SOALAN LAZIM

1. Siapakah yang layak permohonan baharu GKP 3.0?

  • Bukan penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 28 Februari 2021;atau
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 28 Februari 2021; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

2. Bagaimanakah kaedah permohonan GKP 3.0?

  • Permohonan baharu GKP 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

3. Saya telah lulus GKP 3.0 bagi permohonan baharu, adakah saya layak untuk menerima GKP Tambahan di bawah Pakej Permai?

  • Tidak layak. GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Geran Khas Prihatin LHDNM https://gkp.hasil.gov.my/ dan Media Sosial Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Leave a Comment