KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN: CARA TUKAR/UPDATE NO TAC TERKINI

KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN: CARA TUKAR/UPDATE NO TAC TERKINI

KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN

Sekiranya anda menutukar nombor telefon atau nombor tidak aktif, anda dikehendaki mengemaskini nombor telefon anda bagi memudahkan unrusan transaksi online untuk mendapat no TAC. Di sini kami kongsikan panduan untuk kemaskini nombor telefon bagi memudahkan transaksi online banking BSN anda supaya senang difahami.

Baca juga tentang CARA KEMASKINI PERMOHONAN MITI 2021:UPDATE PEKERJA/ALAMAT/RALAT DALAM CIMS 3.0

MAKLUMAN TENTANG BSN

  • Pelanggan BSN tidak lagi dibenarkan untuk tukar nombor telefon di ATM.
  • Urusan pertukaran nombor telefon bagi kegunaan perbankan internet myBSN hanya boleh dilakukan melalui kaunter cawangan BSN yang berhampiran. Pendaftaran hanya boleh dilakukan melalui website myBSN dalam tempoh 24 jam selepas urusan kemaskini maklumat dilakukan melalui kaunter.
  • Maklumat ini telah diambil daripada Twitter rasmi BSN Malaysia.
  • Anda perlu tepati syarat-syarat berikut sebelum mengemas kini nombor telefon anda di cawangan BSN. Antaranya:
    • Nombor telefon baru anda.
    • Kad debit atau ATM
    • MyKad anda
    • Wang secukupnya

KEMASKINI NOMBOR TELEFON BSN

Berikut merupakan panduan tukar nombor telefon BSN secara ringkas.

  1. Datang ke cawangan BSN yang berdekatan
    • Anda hanya boleh tukar nombor telefon anda di cawangan BSN sahaja. Anda perlu hadir ke bank BSN.
    • Kemudian, anda perlu berjumpa dengan pegawai Bank BSN dan menyatakan sebab kehadiran yang anda perlu tukar nombor telefon anda. Anda akan diberikan borang untuk mengemas kini nombor telefon anda. Sekiranya anda ingin mengemas kini alamat dan email juga, anda boleh lakukan sekaligus.
    • Sekiranya anda telah mengemas kini nombor telefon anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
  1. Waktu operasi BSN
    • Waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja. Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.
    • Waktu rehat pula ialah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang.
    • Anda boleh rujuk waktu pengoperasian BSN melalui portal rasmi BSN.

Jemput juga baca DAFTAR & CARA SEMAK KEPUTUSAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN

Leave a Comment