MORATORIUM 2021: CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN SETIAP BANK AKIBAT COVID-19

MORATORIUM BANK 2021: CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN SETIAP BANK AKIBAT COVID-19

MORATORIUM 2021

PERMOHONAN PENANGGUHAN ANSURAN BANK

Dunia telah dikejutkan dengan penularan wabak Koronavirus atau dikenali kini dengan COVID-19 semenjak Disember 2019. Bukan sahaja dari segi kesihatan manusia sahaja yang terjejas terutamanya, malah sektor ekonomi juga menunjukkan penurunan dan kejatuhan. Setakat ini 165 buah negara yang terlibat atau terkena wabak penyakit ini termasuklah negara Malaysia. Justeru itu, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 untuk menangani impak COVID-19. Turut tampil meringankan beban rakyat dalam hal ini adalah pihak bank yang menawarkan penangguhan ansuran bank

Penangguhan ansuran bank atau dikenali dengan nama moratorium 2021 adalah penangguhan secara rasmi bayaran ansuran bulanan daripada peminjam atau pembayar kepada pihak bank tanpa sebarang denda atau caj penalti. Dengan kata mudah, pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran yang dibuat bersama bank tersebut mengikut jumlah bulan yang ditetapkan dalam tawaran moratorium yang diumumkan. Bayaran ansuran akan bersambung semula setelah tempoh moratorium tamat

Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini. Setakat ini, beberapa buah bank atau entiti pembiayaan yang telah secara rasmi mengumumkan penawaran moratorium kepada kepada pelanggan mereka sama ada bagi individu atau syarikat kecil dan sederhana. Para pembayar yang ingin mendapatkan bantuan ini perlulah membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan di bawah

Baca juga tentang LOGIN myTNB:CARA DAFTAR TNB ONLINE GUNA PORTAL TENAGA NASIONAL(Daftar mytnb.com.my)

PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN BANK (MORATORIUM)

TERKINI: Bantuan M0ratorium Total Lockdown Fasa 1 Jun 2021

Perdana Menteri mengumumkan bahawa B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP boleh membuat permohonan bantuan bayaran balik (moratorium) dengan pilihan :

  1. Mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan; atau
  2. Boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

Bantuan bayaran balik pinjaman tersedia untuk:

  1. Individu yang kehilangan pekerjaan
  2. B40 (Penerima BSH/BPR)
  3. Perusaha mikro ( Nilai kemudahan yang diluluskan sehingga RM150 Ribu)
  4. PKS dan Perusahaan Mikro dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi semasa PKP oleh MKN (locked down sectors)
  5. Pilihan yang boleh dibuat:
    • Moratorium selama 3 bulan
    • Pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Bantuan bayaran balik pinjaman juga diberi kepada:

  • Peminjam (M40 dan T20) yang mengalami pengurangan pendapatan (termasuk gaji, elaun, komisen, pendapatan isi rumah)
  • Anda boleh dapatkan pengurangan bayaran balik ansuran selaras dengan pendapatan yang berkurang

CARA MOHON MORATORIUM 2021 SETIAP BANK

Cara mendapatkan bantuan ini, hubungi pihak bank masing-masing melaui telefon ataupun email.

Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta cara mohon bagi setiap bank. Sila klik pada pautan:

BankPautan
1. CIMB / CIMB IslamicCIMB Moratorium
2. Maybank / Maybank IslamicMaybank Moratorium
3. Hong Leong Bank / Hong Leong IslamicHong Leong Bank Moratorium
4. Affin Bank / Affin IslamicAffin Bank Moratorium
5. AmBankAmBank Moratorium (akan dikemaskini)
6. Bank IslamBank Islam Moratorium
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)Bank Simpanan Moratorium
8. Agro BankAgro Bank Moraetorium (akan dikemaskini)
9. Bank MuamalatBank Muamalat Moratorium
10. Bank RakyatBank Rakyat Moratorium
11. HSBC AmanahHSBC Bank Moratorium
12. Public Bank Public Bank Moratorium
13. OCBC Al Amin Bank BerhadOCBC Bank Moratorium (akan dikemaskini)
14.MBSB BankMBSB Bank Moratorium
15. RHB Bank / RHB IslamicRHB Bank Moratorium
16. Standard Chartered SaadiqStandard Chartered Bank Moratorium
17. Alliance BankAlliance Bank Moratorium
18. SME BankSME Bank Moratorium
  Untuk bank-bank lain yang tidak tersenarai boleh terus ke laman sesawang rasmi bank masing-masing

Ketahui juga tentang BPR TAMBAHAN: SEMAKAN NILAI TAMBAHAN, KATEGORI PENERIMA & TARIKH BAYARAN

SOALAN LAZIM (FAQ) PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN – BNM

Berikut adalah soalan lazim (FAQ) mengenai penangguhan bayaran pinjaman yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia:

SENARAI BANK YANG MENAWARKAN PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN

Berikut adalah senarai bank yang memberi kemudahan moratorium kepada yang terkesan dengan wabak COVID-19 berserta nombor telefon untuk dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut:


Bank
No Telefon
1. CIMB / CIMB Islamic03-62047788
2. Maybank / Maybank Islamic1-300-88-6688
3. Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic03-76268899
4. Affin Bank / Affin Islamic03-82302222
5. AmBank03-21788888
6. Bank Islam03-26900900
7. Bank Simpanan Nasional (BSN)1300-88-1900
8. Agro Bank1-300-88-2476
9. Bank Muamalat1-300-88-8787
10. Bank Rakyat1-300-80-5454
11. HSBC Amanah1-300-88-2626
12. Public Bank 1-800-22-5555
13. OCBC Al Amin Bank Berhad03-83149310
14.MBSB Bank03-20963000
15. RHB Bank / RHB Islamic03-9206 8118
16. Standard Chartered Saadiq1-300-88-8888
17. Alliance Bank03-55169988
18. Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB)03-26113888
19. SME Bank03-26037700

Leave a Comment