PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000 NADMA (Pengurusan Kematian COVID-19)

PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000 NADMA(Pengurusan Kematian COVID-19)

PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000

Pada masa sekarang, jangkitan Covid -19 semakin meningkat. Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Tabung Covid-19 NADMA sebelum ini telah diwujudkan pada 11 Mac 2020 bagi memberi bantuan khas sebanyak RM100 sehari kepada rakyat Malaysia yang bekerja/berniaga di Malaysia tetapi kehilangan pendapatan atau tidak dibayar gaji berikutan dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Pemohon-pemohon diminta untuk membaca garis panduan permohonan dengan teliti dan mengemukakan dokumen yang lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.

Baca juga tentang CARA PERMOHONAN MINHAH COVID19

SIAPAKAH YANG BOLEH MOHON

  • Hanya waris si mati bagi kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja yang boleh memohon bantuan khas ini.
  • Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan oleh waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

KADAR BANTUAN

  • Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000

  1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
    • Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
    • Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
  1. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-
    • Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat KWABBN)
    • Alamat E-mel rasmi: bkcovid19@nadma.gov.my
    • Whatsapp: +60 11-1321 8056

DOKUMEN SOKONGAN

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID 19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal) – Lengkap diisi dan disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkatian COVID 19.
  2. Salinan Sijil Kematian.
  3. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  4. Salinan Penyata Bank pemohon yang masih aktif.

KAEDAH BAYARAN

  • Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Walau apapun pengesahan kematian COVID-19 yang dikemukakan oleh pemohon, NADMA hanya akan memperakukan dan mengesahkan permohonan yang mempunyai rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.

Keputusan NADMA adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

SUKAR MENDAPAT PENGESAHAN HOSPITAL

Sekiranya pemohon tinggal jauh dari hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19 dan menyebabkan kesukaran mendapatkan pengesahan hospital, adakah permohonan boleh dipertimbangkan?

Dalam kes-kes tertentu, NADMA akan memberi pertimbangan terutama berkaitan ruangan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian COVID-19.

Namun begitu, pertimbangan dan kelulusan ini tertakluk kepada pengesahan rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.

Ketahui juga tentang CARA PERMOHONAN & BORANG BANTUAN KHAS COVID 19 NADMA RM 100 SEHARI

PERINGATAN: NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/informasi-bencana

Leave a Comment