RAYUAN GKP 3.0: CARA BUAT RAYUAN & DOKUMEN DIPERLUKAN

RAYUAN GKP 3.0: CARA BUAT RAYUAN & DOKUMEN DIPERLUKAN

RAYUAN GKP 3.0

Seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan pada 8 Jun 2021, semakan status kelulusan GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 dan bayaran pula akan dikreditkan secara rasmi mulai 10 Jun 2021.

Malangnya, sesetengah peniaga yang telah membuat permohonan mendapati mereka tidak lulus GKP 3.0 dan tidak tahu apa punca dan silapnya.

Baca juga tentang S3P MARA: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

KETERANGAN KOD TIDAK LULUS GKP 3.0

  • KOD 01
    • TIDAK BEROPERASI : Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2021 pada borang
  • KOD 02
    • JUALAN 0 ATAU JUALAN > 300K : Jualan adalah 0 atau melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 03
    • Jualan > 300K : Jualan melebihi RM300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 04
    • TIDAK WUJUD DI AGENSI : Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 28 Februari 2021 (LHDNM, SSM atau PBT)
  • KOD 05 / 06
    • PEKERJA MELEBIHI 5 ORANG : Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan
  • KOD 07
    • ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1 : Perniagaan melebihi satu permohonan

TARIKH BAYARAN

Semakan kelulusan Permohonan Baharu GKP 3.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021. Pembayaran GKP 3.0 bagi permohonan yang berstatus Lulus adalah mulai 10 Jun 2021 secara berperingkatdan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai esok melalui portal GKP

SEMAKAN STATUS

Semakan Status Permohonan Gkp 2.0 kelulusan Rayuan Gkp 2.0 boleh dibuat mulai 8 Jun 2021 melalui portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

CARA PERMOHONAN RAYUAN GKP 3.0

  1. Masuk ke BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) URL – https://gkp.hasil.gov.my/ dan klik Butang Log Masuk.
  1. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 123456107890) serta kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang Semak.
  1. Setelah log masuk, pemohon boleh melakukan semakan Status Permohonan bagi permohonan yang telah didaftarkan.
  1. Bagi permohonan yang berstatus Tidak Lulus berdasarkan alasan tidak lulus yang tertentu, butang Permohonan Rayuan akan dipaparkan untuk membuat Rayuan GKP.
  1. Pemohon klik butang Permohonan Rayuan

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

  • Akan dikemaskini nanti sekiranya terdapat makluman.

MUAT TURUN DOKUMEN SOKONGAN

Seperti GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini, permohonan rayuan biasanya dibuka dalam masa terdekat dan akan diumumkan secara rasmi dan sediakan dokumen yang diperlukan.

Pastikan dokumen yang dimuat turun tidak mempunyai kata laluan

  • Penyata Kewangan.
  • Jenis pendaftaran perniagaan.
  • Borang Pendaftaran Pekerja.

Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen.

Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Ketahui juga tentang MORATORIUM 2021: CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN SETIAP BANK AKIBAT COVID-19

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Atau layari portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my

Leave a Comment