S3P MARA: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

S3P MARA: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

S3P MARA

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sembilan memperuntuk dana sebanyak RM3.5 juta bagi pelaksanaan Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P) dalam usaha membantu usahawan mikro meneruskan perniagaan yang terjejas susulan penularan pandemik COVID-19.

Pengarah MARA Negeri Sembilan Mimi Mazlin Mohamed Yusof berkata S3P merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang disediakan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan penternakan.

“Setakat hari ini, di negeri ini sebanyak 18 permohonan telah diterima membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000 sejak ia dilancarkan awal April lepas dan daripada jumlah itu, untuk fasa pertama kita dah luluskan permohonan lapan usahawan.

“Kumpulan usahawan merupakan golongan sangat terjejas dengan pandemik, ini kerana kebanyakan mereka beroperasi secara kecil dengan nilai pendapatan kurang daripada RM300,000 setahun, jadi melalui S3P ini kita bantu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat tawaran pembiayaan S3P di sini malam ini.

Baca juga tentang SPUR PUNB ONLINE: CARA PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19 SEHINGGA RM100,000

SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

Skim pembiayaan perniagaan prihatin mikro (SP3) ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah bertujuan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro Bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali sektor pertanian dan pertenakan. Mereka ini terdiri dari kumpulan yang terjejas akibat wabakl pendemik Covid-10 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka.

BENTUK KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN S3P

Antara bentuk kemudahan yang ditawarkan di bawah skim ini adalah:

  1. Modal pusingan
  2. Pembelian peralatan
  3. Promosi dan pemasaran
  4. Belanja mengurus

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN S3P MARA

Syarat-syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  2. Berusia tidak kurang 21 tahun hingga 60 tahun
  3. Melepasi tapisan carian Kredit atau pusat sistem maklumat rujukan kredit (CCRIS)
  4. Berpegalaman & berpengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi
  5. Perniagaan tekah beroperasi tidak kurang dari enam (6) bulan
  6. Perniagaan berdaftar secara sah di bawah Suruhanjaya Starikat Malaysia (SSM)
  7. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT
  8. Mempunyai permis perniagaan (kecuali perniagaan online)
  9. Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  10. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 10% daripada kos projek
  11. Perniagaan patuh syariah
  12. Bebas daripada senarai hitam MARA

HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN

Had maksimum pembiayaan bagi skim ini adalah sehingga RM50,000.00

CARA PERMOHONAN

Cara permohonan boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:

  1. Secara online
    1. Pernohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui portal MyUsahawan yang boleh diakses melalui laman web rasmi MARA: https://www.mara.gov.my
  1. Aplikasi MyUsahawan
  1. Secara walk-in di Pejabat MARA
    • Permohonan boleh dibuat di Pejabat MARA Negeri atau pejabat MARA Daerah yang berhampiran dengan PKS beroperasi

SOALAN LAZIM

  1. Berapakah kadar keuntungan yang dikenakan?
    • Kadar keuntungan yang dikenakan adalah sebanyak 3% setahun
  1. Berapakah tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik?
    • Tempoh maksimum pembiayaan atau bayaran balik bagi skim pembiayaan ini adalah sehinggan 72 bulan @ 6 tahun
  1. Adakah terdapat sebarang bentuk cagaran atau jaminan yang diperlukan?
    • Tiada sebarang cagaran atau jaminan yang diperlukan bagi skim pembiayaan ini.

Ketahui juga tentang CARA PERMOHONAN SPIN TEKUN: PEMBIAYAAN SEHINGGA RM5,000 UNTUK USAHAWAN

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut boleh melayari laman web rasmi MARA

Leave a Comment