SEMAK RESULT SPM 2020: MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN PENUH

SEMAK RESULT SPM 2020: MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN PENUH

SEMAK RESULT SPM

Kepada Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2020 masing-masing pada satu tarikh dalam bulan Jun 2021

Dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada tarikh berikut.

  • Tarikh : 10 Jun 2021
  • Masa: Mulai jam 10.00 pagi

Baca juga tentang MORATORIUM 2021: CARA MOHON PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN SETIAP BANK AKIBAT COVID-19

CARA SEMAK RESULT SPM 2020

Untuk membuat semakan keputusan, calon sekolah dan calon persendirian boleh menggunakan kaedah berikut:

  1. Semakan SPM Secara Online
  1. Semak Melalui SMS
    1. Menerusi khidmat SMS uNtuk mendapatkan ringkasan meputusan SPM 2020 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>NoAngkaGiliran dan hantar ke 68886.
    2. Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun hingga 6.00 petang pada 17 Jun 2021.
  1. Bagi calon yang tidak mempunyai talian internet di rumah, pihak sekolah akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk membuat semakan.
    • NOTA: Calon tidak dibenarkan hadir ke sekolah kerana situasi COVID19

CARA MUAT TURUN SLIP KEPUTUSAN SPM PENUH

Berikut dikongsikan cara muat turun slip keputusan SPM untuk rujukan ibu bapa dan calon.

  1. Slip keputusan awal boleh dimuat turun pada 10 Jun 2021 melalui pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my.
  2. Manakala Slip Keputusan Penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my
  3. Bagi calon STAM, sijil / pernyataan / keratan keputusan akan dicetak oleh BPM dan pihak JPN / PPD / sekolah akan menguruskan penghantaran secara pos ke rumah kepada calon.

CARA BUAT PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

Bagi pelajar yang rasa tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperoleh, anda boleh memohon semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM. Biasanya anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020.

  1. Permohonan online semak semula keputusan SPM boleh dibuat melalui kaedah-kaedah seperti berikut :-
    • Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my
    • Pilih Menu Perkhidmatan
    • Pilih tab > Semak Semula
    • Tekan butang ‘Pilih Semak Semula SPM’
    • Nota:
      • Tarikh buka permohonan akan dimaklumkan oleh KPM dari semasa ke semasa.
      • Permohonan semakan semula untuk calon STAM adalah secara manual dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
      • Bayaran yang dikenakan RM100.00 setiap matapelajaran.
      • Keputusan permintaan/permohonan akan ditandatangani dengan surat rasmi dalam waktu dua (2) bulan dari tanggal tutup permohonan. Hasil semakan adalah muktamad dan rayuan yang berbeza tidak akan diterima.
  1. Semakan Semula Secara Manual

Ketahui juga tentang CARA PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM

SOALAN LAZIM

  1. Bilakah semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 akan diumumkan?
    • Semakan keputusan SPM bagi tahun 2020 akan diumumkan pada 10 Jun 2021 bermula jam 10.00 Pagi.
  2. Bolehkan semakan semula keputusan SPM?
    • YA, semakan keputusan semula SPM boleh diboleh melalui pautan elp.moe.gov.my selapas dibuka tarikh permohonan
  3. Berapa lama tempoh jangka masa untuk dibuat semakan semula keputusan?
    • Anda boleh membuat semak semula keputusan SPM dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM 2020

Leave a Comment