SRSBBT PEMERKASA PLUS: CARA PERMOHONAN MORATORIUM PEMILIK BAS & TEKSI

SRSBBT PEMERKASA PLUS: CARA PERMOHONAN  MORATORIUM PEMILIK BAS & TEKSI

SRSBBT PEMERKASA PLUS

Pemilik dan pengusaha bas dan teksi yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, mereka boleh membuat permohonan lanjutan moratorium di bawah Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Objektif utama SRSBBT adalah untuk membantu pengusaha-pengusaha bas dan teksi yang layak yang mempunyai tunggakan kemudahan pembiayaan dengan syarikat-syarikat pembiayaan sewa beli dan kredit, dengan memberikan lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan lanjutan tempoh pembayaran bagi penstrukturan semula pembiayaan sewa beli dan kredit, sebagai langkah mitigasi untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan tempoh PKP ke atas perniagaan mereka.

Permohonan bagi SRSBBT telah dibuka dan akan ditutup pada 31 Disember 2021 atau sehingga had peruntukan skim berjumlah RM1 bilion habis diguna pakai, yang mana lebih awal.

Baca juga tentang PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM5000 NADMA (Pengurusan Kematian COVID-19)

HAD PEMBIAYAAN

Had pembiayaan pinjaman yang layak memohon SRSBBT adalah seperti berikut:

  • Bas: Minimum RM30,000 dan maksimum sebanyak RM10 juta (berdasarkan tunggakan prinsipal yang distruktur semula).
  • Teksi: Maksimum sebanyak RM5.0 juta (berdasarkan tunggakan prinsipal yang distruktur semula).

TEMPOH LANJUTAN MORATORIUM

Tempoh lanjutan moratorium yang ditawarkan kepada pemohon SRSBBT adalah seperti berikut:

  • Untuk tempoh baki pinjaman melebihi 12 bulan: Tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 36 bulan, termasuk 12 bulan moratorium untuk pembayaran bulanan secara ansuran.
  • Untuk tempoh baki pinjaman kurang daripada 12 bulan: Tempoh pinjaman akan dilanjutkan selama 24 bulan, termasuk 12 bulan moratorium untuk pembayaran bulanan secara ansuran.

SYARAT KELAYAKAN PEMILIK/PENGUASAHA

Untuk permohonan SRSBBT, syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemilik atau pengusaha adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua syarikat, pemilikan tunggal, perkongsian atau perkongsian liabiliti terhad dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh rakyat Malaysia, dan terlibat dengan operasi berkaitan dengan sewa ‘Charter’, lawatan, pengangkutan antara negeri, pengangkutan ekspress, bas sekolah, bas kilang dan teksi.
  2. Usia kenderaan bagi bas tidak boleh melebihi 12 tahun dan teksi tidak boleh melebihi 9 tahun ketika permohonan dibuat.
  3. Cukai jalan kenderaan mesti diperbaharui dengan tarikh luput yang bertarikh pada atau selepas 30 September 2019, atau kenderaan tersebut telah diperiksa oleh Puspakom Sdn Bhd dan memiliki sijil pemeriksaan yang bertarikh pada atau selepas 30 September 2019.
  4. Tunggakan yang sedia ada bagi kemudahan pembiayaan sewa beli dan kredit yang akan distruktur semula tidak boleh melebihi 3 bulan sebelum 30 September 2019.
  5. Bagi pemilik atau pengusaha yang sudah mempunyai pinjaman atau pembiayaan lain yang telah dijamin dibawah SRSBBT ini atau sebarang skim jaminan SJPP yang lain, maka tidak boleh adanya sebarang tuntutan yang telah dibuat dibawah jaminan-jaminan tersebut.

KELAYAKAN SYARIKAT SELAIN BANK

Bagi pemilik atau pengusaha yang mendapatkan pembiayaan daripada syarikat selain daripada bank, mereka perlu menepati syarat-syarat tambahan iaitu:

  1. Mereka mestilah berdaftar dengan sistem e-Hakmilik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  2. Syarikat-syarikat ini juga telah bersetuju untuk menyertai SRSBBT dengan menandatangani Perjanjian Induk dengan SJPP.

CARA MEMOHON

Untuk membuat permohoan SRSBBT, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi pihak bank/syarikat pembiayaan yang terlibat dalam pinjaman bas/teksi pemohon.
  2. Nyatakan ingin membuat permohonan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi (SRSBBT) di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).
  3. SJPP akan melakukan proses penilaian permohonan-permohonan skim jaminan bagi tujuan kelulusan.
  4. Pemohon akan dihubungi sekiranya berjaya dalam permohonan tersebut.

Ketahui juga tentang S3P MARA: PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

MAKLUMAT LANJUT

Untuk info dan pertanyaan lanjut mengenai skim ini,

Leave a Comment