UPUONLINE 2021: CARA KEMASKINI UNTUK LEPASAN SPM MULAI 10 JUN 2021

UPUONLINE: CARA KEMASKINI UNTUK LEPASAN SPM MULAI 10 JUN 2021

UPUONLINE 2021

Bagi pelajar lepasan SPM 2020, maklumat penting yang anda perlu ketahui adalah apabila mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Proses Pengemaskinian hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.

Oleh itu, anda hanya boleh login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini. Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Maka, pilihlah program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon. Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

PERINGATAN: Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Baca juga tentang BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2022: SYARAT & CARA PERMOHONAN BIASISWA SEBANYAK RM4,400 SEBULAN

UPUONLINE 2021

Pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan sebenar dna keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi / Asasi.

Pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi pilihan program pengajian bertemu duga.

Pemohon bagi kategori Diploma / Setaraf, hanya boleh mengemas kini keputusan dan memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

CARA KEMASKINI UPUONLINE

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Ketahui juga tentang BIASISWA YDPA 2021: SYARAT & CARA PERMOHONAN ONLINE BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG TAHUN 2021

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat atau permasalahan boleh berhubung

  • Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
  • FAKS            : 03 8870 6864
  • ALAMAT EMEL     : upu@mohe.gov.my

Leave a Comment